Sunday, November 18, 2012

Changes.


Assalamualaikum w.b.t :D


whoaaa ~ it has been a long time isn't it? last post in Feb. Now we're already in Nov. how long?? let me count. about 8 to 9 months I haven't update my blog??!! like seriously??? o.O Ini semua gara-gara matrik. haha *matrik pulak dipersalahkan... but it's reality. KENYATAAN. since masuk matrik, mana ada masa nk bergiat aktif di mana-mana laman sosial. rite?? am I rite??? answer me!! HAHA. *like psycho one


nk kata Wi-Fi takda kat sana tipulah. ada tu ada, tapi line dia mcm hampeh. tambah2 area bilik aku. jangan harap la dpt surf internet. paling bnyk line dpt pun 2 bar out of 5 kot? dgn ribuan manusia berebut2 line lagi. two bar is not enough ya knoe? *ewah~speaking london plak. hahahhahah ! wait3 ! this is not my main point for this entry. hehe. I'd like to talk about changes.

CHANGE. You know.. People change. bak kata Ustazah Asiah , ustazah aku kat KOLEJ MATRIKULASI KEDAH. (perluka huruf besar eh?) haha. okay2. bak kata ustazah, "hati manusia ni flexible. boleh berubah2." bak kata ustaz masa ceramah CINTA REMAJA plak. "Qalbun brubah" Qalbun=hati manusia.. yeaaa.. I agree with that. Super agree with you Ustazah n Ustaz.. but I'm not going to talk about hati yg brubah2 yg berkaitan dgn cintan cintun seorang remaja. nope. tidak sama sekali !!! it's about hati manusia yang berubah , daripada baik kepada kurang baik/ daripada kurang baik kepada baik. I mean, dari segi iman. dari segi agama.. *bukan juga nk berceramah k. haha. 

Aku sendiri sedang mencuba berubah ke arah lebih baik. trying to be a better muslim in every aspect of life maybe. but surely, it is not that easy. things are easier said than done rite? yeah but it's getting better and better.. this thing start when I read Hlovate novels.. start with Tunas, Aa+bB, Rooftop Rant, Versus, Pelangi,  5 tahun 5 bulan, Contengan Jalanan.. all these novels really thaught me something that is priceless. It made me realized something. mungkin petunjuk dari Dia? siapa tahu? i've made a quite big changes in my life. three-hundred-and-sixty-degree kah ? not yet. but, thanks to the author. Hlovate. may Allah bless the author. serious ckp, dia ni mesti dpt banyak33 pahala. semua novel2 dia menceritakan perubahan. and cool gila. xmacam novel standard melayu yg jiwang tahap petala kelapan. lain dari yang lain. smart one !

okay enough talking abaout Hlovate.. the point is, that is the thing that triggers me to do the changes. All praises to Allah. kalau Dia tak ketuk pintu hati ni , maybe aku xbrubah sgt. mungkin aku x sedar pun lessons yang ada dlm novel tu. xsemua org ada petunjuk tu kalau x diberi. and ! aku rasa ramai org yang dh diberi hint/petunjuk tapi. TAPI. it also depends on ourselves. sama ada kita aware atau tidak dgn petunjuk2 yg Dia bagi dlm pelbagai bentuk/cara tu. Mungkin sbb tu juga kita dikurniakan akal fikiran. utk kita berfikir apa petunjuk yang Dia dh beri. Akal utk kita fikir apa hikmah di sebalik setiap apa yg berlaku dlm hidup kita. tak jadi jugak kalau kita ada akal tapi kita tak pernah fikir semua tu. sampai bila-bila pun kita tak akan sedar. ye tak??? 


kadang-kadang bila aku fikir-fikir balik benda-benda yang pernah aku ckp or buat before aku brubah sikit ni, aku rasa malu yang teramat and think to myself "mcm mana aku bleh ckp semua tu??" "mcm mana aku bleh buat benda2 tu? yang tak berfaedah, yang tak penting lagi tak matang" how?? how?? ottoke??? ottoke?? *ckp korea pulak... hahah. kdang2 rasa mcm "I hate who I used to be , and I really2 love who am I rite now" and I want to sustain it. aku harap sgt2 aku xbrubah jadi mcm dulu balik. bukan la sbb aku ni jahat gila nak mampus dulu.. hahha. tidak.. cuma jahil sedikit ja... xmatang.. bnyk benda lagi yg aku tak tahu.. since 1/1/2012.. it was like a new life for me. I felt like I've been given strength to do the changes.. x semua orang berani buat perubahan.. tapi ntah mcm mana aku rasa Dia bg aku strenght tu.. and benda tu jadi skelip mata saja.. org kata....  









 yeahhhh !!!! I ABSOLUTELY agree with this statement !!!!! :D *muka excited.



and I've found people who help me, people who thaught me lessons.. yang baik kita ikut, mana yang buruk kita jadikan pengajaran.. and then masuk Matrik Kedah plak.. yang ke arah keagamaan sikit.. dapat pulak roomates yang boleh dikatakan baik akhlaknya.. Saiy.. Piqah..they know a lot of things about Islam.. haha. and I felt relieved to know there's people who can help and support me.. dapat classmate yang baik2.. Dila.. yg paling rapat.. pun bnyk bagi aku kesedaran jugak.. ahhh what a life. thanks guys !! my bestfriends.. ctsu, aina, syiqeen. they are all with me.. we all try our best to be a better muslim. Alhamdulillah.. 

Everything was like well planned by Allah.. yeah of course la kan it is well-planned.. and I believed with Allah's will anything can happened.. anything.. I just hope that my changes process would not stop.. harap dapat teruskan perjuangan ini. *cewah. semoga saja Dia tak tarik semua hidayah dan petunjuk yang dah Dia beri kt kita.. Amiin... dan semoga saja kita sentiasa aware dgn petunjuk yg Dia beri.. amiin.. 


oh ya ! ada satu tumblr ni. I always check it out whenever I fell like to.. it is http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/ 

This tumblr , kak aku la yang promote. macam taw2 ja... kan.. tumblr yg seolah2 memahami apa yang kita semua rasa dari sudut agama ataupun as a human. thanks to tuan punya tumblr jugak la.. bnyk benda yg kita bleh dpt dari tumblr tu. serious tak tipu.. tambah2 when u feel down.. mmg always bgi semangat balik la. hehe. :D http://tersenyum-melihat-langit.tumblr.com/ remember this okay ! :P 

Hah !! rasa lega dapat meluahkan apa yang dah lama terbuku dalam hati.. *cewah ayat.. sekadar berkongsi cerita.. perasaan... lagipun, buknnya ada sapa sgt pun nk baca blog aku. hahhahahhahahha ! *kesian.. tapi tak kisahlah as long as I can put this in words.. love it ! hee.. Alhamdulillah.... May Allah always bless us muslimin muslimat sekalian... :D kepada yang membca.. thanks yo ! heee :D never expect too much..

a few last words.. ingt, "HATI NI ALLAH YANG PEGANG"- Hlovate (contengan jalanan)




Tuesday, February 21, 2012

Sungha Jung & His Acoustic Guitar.



Assalamualaikum w.b.t


Hi !!! today i'm gonna talk about Sungha Jung with his acoustic guitar. Since I love acoustic and piano, I love to hear Sungha Jung playing his cool acoustic guitar. It's soooo amazing ! He has such a good talent. I mean, REALLY GOOD, SUPERB, EXCELLENT, SPLENDID, AMAZING, GREAT, AWESOME , what else?? haha. HIPERBOLA OK ? but really. for me, he's so good in playing acoustic guitar. to those who love the electric guitar / metal / noisy sound , sorry okay. for me, acoustic is much better , much relaxing. HAHA ! Aku boleh sedar kewujudan Sungha Jung ni bukan daripada facebook , tapi daripada youtube itu sendiri. 


Aku boleh terjumpa video dia main gitar kt utube masa aku dgn kakak aku, Lily, tengah boring tahap ayam PAGI2 BUTA menghadap laptop. (rasanya masa tu awal bulan feb kot) kira ketinggalan zaman gak la kan aku ni. hahaha ! then kak aku decided nak bt marathon dgar lagu2 kt youtube termasuk la lagu2 BOLLYWOOD. nampak sgt boring nak mati kn? then suddenly masa dengar lagu apa ek, tak ingat la. lagu Thousand years - Christina Perri or lagu Someone like you- Adele ntah . tak kisah la. yang pasti , masa tgah dengar plus sambil tgok2 klip video tu aku ternampak la dlm bnyk2 pilihan video tu ada video someone like you by sungha jung. tgok views dh sejuta or 2 juta ntah. then aku ckp kat kak aku nk tgk video tu jap. Then, I double click at the video with full of curiosity. Ye la, dlam kepala otak ''mcm mana la bunyi dia main gitar tu smpai berjuta tgok kan'' haha.


And there he goes. playing the song , Someone Like You with his acoustic guitar. beautifully. and I'm amazed by his talent. whoaaa !! mcm over kan aku ni?? suka hati la. dh aku suka. hahhaha ! and then nak dijadikan cerita, baru tadi aku tgk seorang hamba Allah post kt facebook video sungha jung main guitar tu kan. aku pun ronda2 la kt utube tgk video2 dia smua.. rupa2nya, baru aku tau dia main gitar tu since he was a kiddo. takde la kecik mana pun. tapi bleh dikatakan mcm masa justin bieber memula bt video dia tu *kenapa mesti justin bieber ek? haha :p 


Okay2.. and aku pun tgk la video2 dia masa duk kecik lagi tu main lagu mission impossible , pirates of the Caribbean , and titanic !! jyaahhh !! hebat kot. terasa seronok sorang2 masa dengar dia main gitar tu. HOHO. ^oo^ nak dengar ?? jap eh.. here u go. sila tekan butang play utk mendengar. terima kasih.


okay.. he's a kid. kalau ada sumbang SIKIT tu tak payah nk komen la. haha !


aku dengar ni, aku tringat masa pi konsert simfoni remaja kt UUM. group orkestra remaja tu main lagu ni ar. perrhh ~ tgok dia ni mcam enjoy gila kan main lagu ni. plus, suka tgok jari-jemari dia spanjang dia main lagu ni. hikhik


OKAY. this is one of my fav songs. oh my god. i'm falling in love with this song again just by listening to Sungha Jung playing it in acoustic version.. haha ! <3 p/s : orang sana mmg suka baca komik bnyak2 kn? tgok background la! ^^,


okay... aku terjumpa video dia yang ni la yg bleh sedar kewujudan dia ni. HAHAHA !
hey Sungha Jung, d'you already had a girlfriend or not huh? 
if he answer this : 'I already have one'. 
I would say this : 'never mind i'll find someone like youuuu~' 
HAHAHHA.
THE END !

Oh I forgot to tell u guys that I'd just discovered that he can play piano too.. wahhh !! mmg I suka la dengar music yg ada piano and acoustic guitar. seriously. bukan sbb budak ni pnadai main piano n guitar okay. sbb mmg aku suka relaxing music pon. haha. nah tgk video dy main piano lak. 

tringat kawan aku yg pandai main lagu ni guna keyboard. p/s : lovely ain't it?

listen.carefully.soooooooo beautiful. I really2 love piano. it's lovely.
p/s: aku pernah menyuarakan keinginan aku nk blajar piano kt ayh aku. tpi.. sobs. haha



okay, that's all about Sungha Jung, a very talented young boy . see ya again ! thank you 4 reading+watching+listening. <3
Adios, wassalam...

Sunday, February 19, 2012

3 in 1. It's a long story !



Assalamualaikum w.b.t. *first of all. entry ni boring.. HAHA 


Heyyaa !! dh lama sgt tak update blog ni. last update masa nk dekat2 raya tahun lepas ja. kira 5bulan++ gak a tak tulis apa. dh bersawang2 dh blog aku ni mcm rumah hantu. haha ! tetba hati ni terdetik nk bukak blog balik and baca balik smua post. tersenyum+tergelak sorang2 pun ada bila bca2 balik posts tu. so lame. =.=' dulu nk spm dh tak semangat nk update pon. lpas spm trus tak update langsung. ye laa.. mcm tak tau nk tulis apa dh, plus ! bukan ada org nk baca pon. like i'm talking with myself. not talking, writing it to myself. monolog dlaman. tapi.. pkir2 balik.. best jugak. skadar meluahkan apa yg bermainn di minda dan di benak hati. HAHA ! *mcm apa g ayat


so.. what the heck with the 3 in 1 ha? xda la. it's just combination of 3 stories in 1 post I think. stories after Raya. merujuk kepada apa2 ja yg berkaitan dgn zman persekolahan. Merdeka Raya, SPM , Jamuan Kelas. that's all. not much. hihi.


emm. After post ucapan raya tu.. spatutnya ada post sambutan MERDEKA RAYA kat skolah.. but i don't have time to do so.. apa kta aku crita kt sini ja. Merdeka Raya? spanjang 5 tahun dkt SMKJitra. that was the first time we celebrated Hari Raya in school together. One the best day of my life too. at the end of the day, we all tired but satisfied. bg aku la. bg org lain tatau lah kan? hee. smua kaum smbut skali, baju raya dgn pelbagai warna. meriah ! oke. now, let the pictures tell us the story okay? 
mereka gembira oke masa ni. haha ! ni kelas 5 Diamond.

if i'm not mistaken, this is 5 Emerald kot.

Melayu,Cina,India,Siam. all together.  :)

ramai kan? dewan sri jitra satu. utk bebudak form 5 sahaje~ hehe


boys dari kelas aku. ya ya. makan2. tambah2.
bawah ,
masa utk tangkap gambar kelas !! hehe (^^,)

snap 1 ; semua muka masing2 taley blah.

snap 2 ; smile~~

snap 3 ; one happy family ! *wlaupun x ckup org. wuwu



Okay2 ! this time.. apa yg nak diceritakan di sini eh ? well.. about spm 2011? apa yg boleh diperkatakan di sini... NO COMMENT. yeap. no comment at all. nk menyesal suka study last minute dh useless dh. tu la org ckp. menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna !! hah !! ambek hg ella~ hanya mampu berdoa dan bertawakal saja kepada Allah.. smoga result SPM aku tu tak akan menjadi punca kekecewaan guru2+parents+org keliling+myself. Amiinn... dh stop talking about result ! satg nitemare mampus ! huu


after spm.. jamuan kelas.. yea~~ aku berjaya arranged jamuan kelas dgn bantuan keluarga+rakan2 skelas.. hee.. lpas abes ja paper last SPM trus plan dgan classmates nk buat jamuan dekat mana.. well.. agak complicated jugak la nk tetapkan location, tarikh, masa pa smua tu.. but Alhamdulillah.. dipermudahkan kerja.. it has been held on 30 dec 2011. at Kolej Darulaman Height. [btul ka aku speaking ni? HAHA] well. it's Friday.. kaum adam smua perlu pergi sembahyang jumaat hari tu. so the event starts at 3.00p.m and finished around 6.00p.m. *yang mmg sgt3 la xcukup buat kami smua.. 3jam tu sat je tau !* xsempat main game bnyk2. sedeyh2.. tak sempat menyempat.. padat. dh kena balik. sobs2. 


but it was the best 'jamuan kelas' i've ever been.. aku banyak snap gmbar sampai makanan yg bnyk tu pon xsempat nk rasa smua.. bnyk beb..nasib baik smua org pakat2 tapau. habes licin. dan itu yg pling menyedihkan aku sbb masa aku pi kt meja hidangan tu nk tapau smuanya habes ditapau rakan2. but.. nvm as long as everyone is having fun that day. that is the most important thing to me. haha. masa cnfirmed date apa smua pun dh last minute. so panggil cikgu2 datang pun last minute. as the result.. only one teacher can make it to the event. thanks CIKGU SALMA !!! <3 yg lain smua xdpt hadirkan diri. warrghh !! part tu la yg sedih sikit tu.. but overall.. make it simple. I love that day ! jyeahh !! some pictures ;


lots of food. good service though.

kek gulung & donut

ada mee goreng and ayam goreng berlada. *oke. tu bukan berebut yee

muffins made/sponsored by classmate ; syamim amira.
it says 'Jamuan 5 Peridot' ;D

Sara the Photographer.

taking pictures of the precious moment ! :D

The Monitor , Amin ; giving some speech.

Nazirah singing Sampai Menutup Mata by Acha Septriasa.

Asyiqin singing Kisah Hati by Alyah.

My Very Bestfriends.

We'll be friend forever guys. InsyaAllah..

The Heroes in 5PD. *xcukup org so aku menyibuk.

Snap 1

Snap 2

It's about time to say goodbye guys !! sobs :'(

Allrite ~ abes crita sampai 30 december 2011 je eh.. maka berakhirlah cerita zaman persekolahan aku ni.. huaaaaaa~~ semoga semua kawan2 yg aku prnah kenal akan jadi insan yg berjaya dan berguna utk agama, keluarga dan negara suatu hri nanti.. Amiin... love u guys so much ! truely, deeply, madly. [acewah~] ngah3. What I can conclude here : high school is freakin' awesome ! bnyk pengalaman yg aku dapat sejak stay SMKJitra ni. and bersyukur gila aku dikelilingi kawan2 yg saaangat baik budi bahasa n akhlaknya , awesome, determined, hard-working, clever and so on. sumtimes they can be my role model too. hoho.  XOXO.
I don't hve anything to say.. so.. goodbye ! pasti xramai yg membaca. haha ! sayonara. bila aku ada idea nk tulis apa aku tulis la nanti. adios amigos. mmuahh mmuahh ! 

Thanks,
Wassalam..

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ~!

Assalamualaikum ! *semangat raya


foto raya zaman batu . aku suka gmbar ni sebb ayah aku posing dengan begitu dasyat sekali. haha !
(aidilfitri 2009) *xda dln gmbar: kak mimi n abg suhail.

oke.. entry kali ni.. special utk ucapan raya sahaja ye .
formal sikit la bhasa kn. hik2

Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpada semua muslimin muslimat yg dirahmati Allah sekalian. Semoga raya tahun ni lebih bermakna buat kita semua. Raikan dengan penuh kesyukuran ya bukan dgan penuh kekenyangan. =P bulan puasa berat dh turun , hari raya sure berat naik balik. yeeyy ! seronok bukan ? =.=

Saya jugak nak mintak maaf kpada semua org yg pernah mengenali diri ini. keluarga, guru2 dan sahabat handai semua lah ! mintak maaf jika saya pernah terkasar bhasa, tersilap bicara, terbocor rahsia, tercubit, ter'ignore', tergossip , tertampar, terlebih kejam, tersombong, terpulun, terlebih bercakap, terlebih ketawa sehingga mengganggu ketenteraman awam. hee. to classmate tersayang, minta maaf sekiranya ada perkara yg saya lakukan yang buat hampa semua xpuas hati ka an.. terbising/ terbebel bnyak ka.. =P minta maaf banyak2 la. [acecey..pasrah2]

kepada geng2 yg sekepala dgn saya yg selalu 'b'gaduh', bergusti,(tipu gila) lawan pangkah2 dgn sya tu.. hehe. harap di ampun ye semua tu.. semua tu hanya gurauan semata2.. sesungguhnya saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari kesilapan.. yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari diri kita sendri. 
i'm sorry ~ hehe 

to my bestfriends out there... minx maaf jugak sekiranya kehadiran saya sebagai seorang sahabat yg buas lagi hyperactive ni mengganggu ketenangan hidup hampa. hihi. yang tak pernah sembang/beramah dengan saya, mesti tgok saya ni mcm seorang yg pendiam,sopan,pemalu malah ada yang anggap saya sombong kalau mereka xpernah tgok saya senyum. kn? padahai... sekali kenal, sure xpcaya punya kalau tgok dari luaran ja. haha. don't judge a book by it's cover ;p

oke.. that's all guys..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .
MAAF ZAHIR & BATIN .
kpada yg memandu nk balik kg nant, berhati-hati di jalan raya.
ingatlah insan tersayang ye. biar lambat , asal selamat.
jangan mkan bnyk sgt, nanti buruk padahnya.. [pesanan kpda diri sndri jugak ni]
jangan main mercun oiii.. bahaya.. main bunga api boleh, xpun mercun 'pop' tu. haha !
[mcm tu pun ada kaa..]
jangan..jangan apa lagi ek? jangan marah haaa~~ :P

ingatan tulus ikhlas dari hati yg suci lagi murni,
suhaila zaini.
Sekian, wassalam..


-ella,5 peridot,smkjitra-

Wednesday, August 24, 2011

TRIAL IS OVER~ ! MERDEKA! SELAMAT HARI RAYA!

yeeeeehhhaaaaa ~~~ i'm feeling so fly like a G6 ! haha ! XD
trial SPM dh abes~ baru mari mood raya ! bleh bli baju raya dh, bleh layan lgu rya, bleh huha huha dh !
hehe. punya excited trial dh habis smpai xbagi salam dh. haha.


oke. ehem2. Assalamualaikum. ;)


tepat pukul 1:30 ptg tadi,  maka berakhirlah peperiksaan percubaan SPM 2011 bg skolah2 harian biasa. :p dengan paper terakhir PHYSICS, yang sgt aku 'SUKA'. ehehe[gelak dgn muka tak ikhlas] bila ustazah ckp 'oke msa dh tamat...ada sape2 xnak hantar paper lagi ???' kmi smua satu klas mcm 'what?? no way~ gatai tangan dh + terketaq2 dh ni nak ntaq paper fizik~dh tak sanggup mengahadap paper fizik tu' haha ! dengan semua orang muka excited tahap ayam ! haha ! mmg mai satu perasan lega gila bila paper terakhir tu diserahkn ke tgn cikgu. muahahhah. what a BIG relief eh guys ?!! rasa mcm baru boleh lpas nafas gegila ja. hahaha. slama exam rsa b'nafas pun dh tak cukup nafas. haah ! [hiperbola]


tp xleh la lega sgt kn.. SPM still menunggu oiii ! tpi... xkira jugak.. bukan slalu nk rasa happy mcm ni ! ahha ! ni baru TRIAL SPM. dh rsa mcm apa ntah. rasanya kalau dh habis SPM tuh, terkinja2 la semua org. [cis hiperbola lagi] lepas2 je habis semua, pakat2 ucap SELAMAT HARI RAYA! sana siini aku dengaq org pakat dok ckp 'selamat hari raya~~!' haha. raya minggu depan oii bukn esok. [ceh kta kt org, aku pon sma naik ja tdi]


and and geng klas aku, kelas 5 PERIDOT tercinta [pulon nk bgtao] plan nk berbuka puasa satu kelas tomorrow~.. but ye la kn , last minute punya plan, tmpat memula xpilih pun kt mna, last2 pilih KFC jugak. senang crita kn? ;p xpyah pkiaq banyak2. haha XD and i want to join them no matter what ! tpi kalau tak boleh tu... nk wat mcm mna.. xdak rezeki.. [ayt pasrah] and then majoriti classmate aku xnak pegi skolah esok ! padahaii xcuti lgi pon. saja sesuka buat cuti sndiri kn?? dh smua pakat xnak pi. aku mlas ar nk pi. satg pi sorang2 tercangak usha whiteboard dri pagi smpai balik. haha. [dh mcm org phsyco ja] :P


anyway , i just want to say that i am very happy rite now ~ mcm kanak2 terlebih gula. hyperactive. haha.
and SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI & HARI MERDEKA ! Alhamdulillah negara kita sntiasa aman&damai wlaupun ada krisis jugak , yg penting kita hidup aman. xde perang2. xmao la perang2 , perang mulut ka perang apa ka. there's no good at all for us rite? perpaduan,ketenangan dan perdamaian tu yg penting. hidup tenang baru bahagia. xdak dengki2 kt org or so whatever lah kn. *wahhh tetiba jadi patriotik ni apasal minachi? ahha. oke lah. sampai di sini shaja.. till next time !


Sekian, wassalam.. :D

Tuesday, August 23, 2011

Islam Itu Indah .

Assalamualaikum :)

waahh.. tajuk entry saaangat indah kn? ;] meh nk berdakwah ckit.


hai ! hari ni nk share something interesting yg aku jumpa dlm satu group kt fb called 'Cinta Allah Cinta Abadi'. sape tau group tuu?? hee. mcm mna ek aku yg rock leh join group tu? ;p xdak arh. ada kakak senior tahun lpas skolah aku , dia klas agama dulu. nma dia Shuhadah. aku knal dia msa buat amali haji f4 last yr. dia la jdi facilitator amali haji bg group aku. apa yg aku nk bgtaw kt cni, kakak ni la yg invite aku join group tu. haha. pnjang skit mukadimah .


from this group, i cn get so much info/knowledge/lessons about life, about Islam. bila fikir2 balik, syukur la Allah ketemukan aku dgnn kakak tu and knal dia. Alhamdulillah.. see, stiap apa yg berlaku dlm hidup kita pasti ada hikmahnya kn ? :) mengenali seseorg tu pun Allah ada bg hikmah juga. cuma kita sbg manusia ni kadang2 x sedar semua tu. aku pun sometimes mcm tu jugak. 


oke straight to the point. ni ha satu kisah yg menarik aku nk share dri group tu. menarik bg aku la, xtahu la menarik bg org lain ke x. here it is  ;

KEMANISAN BERMADU DUA

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.


Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
...
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.


Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.


"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.


"Tak. Maksud saya – "


"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.


"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.


Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.


Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.


Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.


"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.


Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.


Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.


Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.


Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.


Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?


Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.


Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.


"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.


"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.


Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.


"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.


"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.


Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.


Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.


"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.


"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.


"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.


"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.


"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.


Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.


"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.


"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.


"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.


"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.


Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.


"Perjuangan," jawab Fikri.




Sesapa yg sudi bca bg habes. u're the best~~ <3

Sekian , wassalam..

Friday, August 12, 2011

Trial =|

Olla friends ~

waaaahhhh. dah berkurun lamanya aku x update blog ni. haha
actually, i have so many things to share.i just dun have time to do so ! :'(
semenjak jadi budak form 5 and dh nk hampir tiba dengan trial SPM !
i've been very busy lately. bukan sbb aku ni rajen gila study. ahhahahahah ! 
tapi sbb rajin menyiapkan homeworks yg berlungguk aku tangguh tu.
[saya mmg seorg yg xsuka kpda homeworks.but i have to finish it somehow]

then , skrg ni kan bulan puasa.. bertambh2 la kepenatan aku lpas balik skolah.
and semenjak dari tu lah aku jarang nk online fb, nk bukak blog and so on...
skrg aku dh bukak blog aku nk mencurahkn sgala isi hati aku. yeaaahh!

Perkara yg pling aku risau skrang ni trial lagi DUA hari and i'm not ready for it yet !
minggu first trial bm,bi,math. SEJARAH, AGAMA and BIOLOGY. sejarah pun xhabis study lagi.
mcm mana la nk jawab agama and bio nii.... dh la tetiga subjek ni nk kena bca. agama xbaca satu pa gi. haiyaaa... tatao lah. harap2 semuanya berjalan dgn lancar la untuk first week trial ni.
kalau exam sblum ni aku sentiasa ada target nk dpt brapa A. trial ni.. huarrhh i really dun know..
ya Allah.. bantulah aku...

dh tau tak study habes g, still tulis blog ni. haha!smetimes, rsa nk give up ja. tapi takleh a give up an..
kalau result trial ni tak brapa good sure ramai pihak yg akan disappointed in me. cikgu and parents la yg utamanya kn. then, dh sure la diri aku sndiri pun akan disappointed. so, mmg tak harap bnyk la kat trial ni. tpi cikgu ckp kalau nk isi borang IPT un depa tgk trial ni dulu an. yg ni la aku pling cuak skli.

anyway aku kena la try dulu kan. tgok la nanti result mcm mana. pray for me !! :DD
cikgu ckp kalau dpt 6a dan ke atas tu kira selamat la. haha. yg 6a tu pun xsure bleh dpt ke x an.
orite ! that's all i want to share. segala kerisauan aku dh tercurah kt sini. sapa yg sudi baca tu hebat la. hahahahah. adios amigos !

sekian, wassalam.